Saturday, October 24, 2020

Hari ini Angka Tertinggi Pesakit Covid-19 Malaysia Terkini

  

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, hari ini Angka Jangkitan Virus Covid-19 semakin meningkat dan mencecah 4angka.

Sangat-sangat terkejut dengan kenaikan harini, kerana inilah kali pertama jumlah jangkitan mencecah 4angka. Siapa sangka, virus yang tak nampak,tetapi begitu mudah dan aktif disekeliling kita tanpa kita melihat mereka. 

Di Sabah,seramai 889 orang dijangkiti dan keadaan ni sangat memberi kesan kepada rakyat Sabah dan kita semua. Sedih sebenarnya kan, dalam keadaan sekarang...kanak-kanak hilang zaman kanak-kanak mereka,tiada lagi bermain diluar, tiada lagi bermain bola dipadang dan tidak dapat lagi bergaul seperti sebelum kes covid19 bersama kawan-kawan.

Ramai peniaga-peniaga kecil yang kehilangan punca mata pencarian mereka dan beberapa syarikat terkemuka juga turut terkesan dengan fenomena yang kita alami sekarang. Tahun 2020 penuh dengan kejutan buat seluruh masyarat di Malaysia mahupun luar negara dengan hadirnya si covid19, virus mutasi yang sangat berbahaya.

Dengan berlakunya peningkatan angka yang semakin serius ini, marilah kita sama-sama tingkatkan displin SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti :

1. Jaga jarak 1 meter
2. Memakai pelitup muka
3. Sentiasa jaga kebersihan diri
4. Memakai hand sanitizer
5. Jangan berjabat tangan
6. Hindari dari melawat kawasan yang terkena jangkitan.
7. Tingkatkan tahap imuniti pertahanan badan dengan set “Immune Booster” seperti Vitamin C, Nutriferon, Omegaguard,Vitalea dan Vivix Shaklee.

Jannah dan seisi keluarga mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee sebagai ikhtiar kami untuk tingkatkan imuniti dan memberi tahap kesihatan yang terbaik.

Duduk rumah jika tiada urusan diluar untuk memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19. Jaga diri dan nyawa isi keluarga kita semua, sama-samalah kita berdoa agar semua yang berlaku ini bakal berakhir..Amin Ya Mujib


Di bawah ini, jannah kongsikan beberapa vitamin yang dapat membantu kita tingkatkan imunisasi kita



Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan Klik Sini

0 comments: