nuffnang ads

Friday, September 20, 2019

EPISOD 1

Assalamualaikum semua,

Ini kisah aku masa jannah berumur 5 tahun, masa tu aku di Kem Sarawak. Mungkin orang akan cakap aku ni merapu jer kan..tapi aku memang ingat la masa tu aku belum lagi sekolah..dan selalu la pergi kedai beli santan dekat rumah mak sedara ni dalam kem yang sama..

Nama kem ni aku tak berapa ingat, tapi kem ni berhampiran dengan perkampungan orang asli- rumah panjang.

Rumah Panjang ni dah lama orang tinggal kan..sebab ada kisah dia tersendiri. Seingat aku ada makcik2 area tu cakap...anak dia kena panah petir masa main buaian..buaian tu memang berpagar lah..sebab orang sana percaya situ ada roh yang mati sedang bermain. Ibarat kubur lah senang citer..

Okay, satu hari ni.aku pergi bermain kat bawah ni...dah agak petang la masa tu...dan tetiba ada budak menyapa aku .dia main buaian masa tu,

" hai, nak pergi mana? jom main sama2"
aku pon biasalah dah nama budak2 kan..jawab spontan nak pegi main lah, naik ikut ke??

haa dia turun buaian tu dan ajak aku pergi rumah dia beb..korang tahu tak mana rumah dia??
rumah panjang tu la..masa tu aku naif la sket..
ikut je dia jalan2 sana main-main..aku ada gak tertanya-tanya..mana pergi semua orang dalam rumah tu..

masa tu dah nak magrib beb..aku dengar orang panggil-panggil nama aku.
kelam kabut gak perasaan tu..aku terus lari balik dan tinggalkan rumah panjang tu.


Mak aku marah-marah aku, katanya pergi mana main lama sangat dah magrib.
aku jawab, pergi main dengan kawan dekat rumah panjang...
haaaa kena rotan laa wei..
mak aku cakap...jangan pergi sana..ada hantu ( huaaaaaa aku ketaq bak ang hahahhaa demam kot )

esoknya aku nak pergi beli santan..lalu la buaian tu...
korang tahu tak aku nampak apa??
nampak budak tu lagi tau tapi kepala berdarah..
adehh aku lari patah balik
ikut jalan lain la..sanggup jauh dari kena ganggu..

aku ni masa kecik ni speech delay sket..cakap tapi pelat atau telo ( telo ni bahsa orang kedah, tak fasih atau lancar bercakap)..


tu pengalaman aku masa di sarawak..yang masih ingat hihi..tak la panjang tapi ada lagi tau..nanti aku tulis lagi..

malam ni tido baca doa la yer kihkih


CERPEN DARI JANNAH ROFEI
KISAH SERAM PENDEK

No comments:

Promosi November 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan November ni ada beberapa promosi Hebat sangat!! TRIAL SET YOUTH - Klik untuk pembacaan ...

Jom Sertai Kami

Jom Sertai Kami
klik untuk pendaftaran ahli