Sunday, June 9, 2019

Tanda-Tanda Anxiety Disorder

Nampak Normal, Tapi Ini 8 Tanda Anda Mengalami ‘Anxiety Disorder’



Kita semua mengalami debaran and keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara.
Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.
Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.

8 TANDA ANDA MENGALAMI ‘ANXIETY DISORDER’

1. BIMBANG SEPANJANG MASA

Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.
“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.

2. SUKAR TIDUR

Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.
Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.

3. KETEGANGAN OTOT

Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.
Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.

4. MASALAH PENGHADAMAN YANG KRONIK

Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.
Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.

5. NERVOUS BREAKDOWN

Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.
Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stres.

6. HANYA FOKUS PADA KOMEN NEGATIF

Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.
Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.

7. PANIC ATTACK

Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.
Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.

8. SUKAR MENJALIN HUBUNGAN

Selain disebabkan bimbang tentang masalah yang dihadapi sekarang, lazimnya seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering terkenangkan peristiwa lampau hingga ia begitu kerap membayangi fikiran.
Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Bahkan, hubungan dengan keluarga juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Anda mungkin melakukannya tanpa sedar kerana terlalu takut untuk disakiti atau takut kehilangan mereka.


CARA ATASI ANXIETY DISODER DENGAN VITAMIN

Sebarang pertanyaan pm/sms/whatssup 0174493884 (Jannah Rofei )
Shaklee Independent Distributor, ID NO: 1212409

Atau klik whatsapp ⬇⬇⬇


Pengedar Sah Shaklee
ID: 1212409
Founder
NJLegacy


Continue Reading

Tips EXPRESS Kempiskan Perut Buncit

Tips EXPRESS setel masalah buncit raya

Antara sebab ,Orang nak kurus cepat lepas raya ialah tak mampu tengok perut buncit
Salah satu sebab ialah makan banyak sangat sampai perut tak hadam habis
Pastu makan tak de syarat & tak de pantang larang
Walaupun sudah berpuasa 30hari,
Raya baru 5-6hari, berat dah boleh naik sama macam sebelum berpuasa
Hehe itulah kesan kalau makan berlebihan
INPUT Kalori lebih tinggi daripada Keperluan BMR badan
Untuk mereka yang nak cepat hilang buncit, tips paling EXPRESS saya saran guna Vivix 3x perday
Caranya
👉Jaga makan, jangan tambah kalori lagi
👉Guna konsep pinggan sihat 3 meal setiap hari jarak makan 4jam
👉Tolak air manis
👉Minum air kosong dan Vivix satu sudu besar lepas makan sebanyak 3x sehari
Pagi, Tenghari, Malam
InshaAllah akan rasa perubahan positif di perut mu itu

Kredit to Master Firdaus Zulkifli




Sebarang pertanyaan pm/sms/whatssup 0174493884 (Jannah Rofei )
Shaklee Independent Distributor, ID NO: 1212409

Atau klik whatsapp ⬇⬇⬇


Pengedar Sah Shaklee
ID: 1212409
Founder
NJLegacy
Continue Reading