Thursday, March 14, 2019

My Vision Board 2019




Mak pernah beritahu Jannah, selepas dia balik dari ibadah Umrah yang pertama
"mak nak kumpul duit lagi, mak nak pergi lagi sana."
tertanam ayat-ayat tu dalam hati jannah Mak,
InsyaAllah jannah akan usahakan untuk Mak.
doakan Jannah panjang umur dan murah rezeki yer Mak.😢
Bukan umrah je jannah nak hadiahkan, jannah pon nak beli rumah kedua yang lebih besar supaya jannah boleh jaga mak dan abah dalam rumah tu.
Kita sama-sama duduk disitu sama seperti jannah kecik-kecik dulu,
Ada mak dan abah..
eheemm adik-adik dah kawen dok la ngan suami ampa na😁😁😁
Dalam usia yang semakin meningkat ni mesti ramai yang menyimpan angan-angan ataupun impian kan?
Angan-angan itu adalah vision Board kita andainya kita berjuang untuk mencapainya.
Begitu juga jannah, walaupun jannah hanya surirumah sepenuh masa,
jannah juga punya impian tersendiri,
walaupun ramai yang beranggapan jannah hanya angan-angan mat jenin,
tapi jannah telah pun bukti kan kepada suami, anak-anak dan family dan rakan-rakan shaklee yang jannah juga boleh menjana sendiri pendapatan setiap bulan malah lebih dari angka gaji jannah semasa berkerja.
jannah bukan hanya fikirkan material semata-mata,
Tetapi jannah ingin hadiahkan untuk ibu dan abah jannah dengan pakej umrah Shaklee yang sangat exclusive.
jannah nak mereka gembira, dan selesa semasa menunaikan ibadah umrah.
mohon kawan-kawan doakan kejayaan saya ya. semoga niat saya dipermudahkan Allah
" Ya Allah, berilah aku peluang untuk membahagiakan kedua ibu bapa ku Ya Allah. Kau panjangkanlah usiaku, murahkan rezeki ku agar aku dapat membalas jasa kedua ibu bapa ku. Amminn Ya Rabbal Alaminn "
Assalamualaikum wrt,
Selamat Petang semua.

0 comments: