Monday, January 14, 2019

Bermulanya Kisah Shaklee Saya 2013



Assalamualaikum, hai...pic ni bukan saya tau, tapi adik saya..muka nak sama eh?hehehe
Dia muda la sket dari saya ni..dia adik saya ke 6 dalam family. Al kisahnya saya ni 9 orang adik beradik, saya yang ke tiga dalam keluarga. Tapi saya tak nak cita pasal family hihii..nak cita pasal vitamin C je..yang ada dalam gambar tu. Ratu Vitamin C bersama Vitamin2 nya gitu.

Vitamin C ni saja mula kenal sejak saya baru je lepas bersalin anak sulung saya pada tahun 2013.
Memang masa memula beranak satu ni, memang tak tau la nak ambil apa kan, supplement pon tak ambil konon saya ni kuat la luar dalam..ehhe padahal luka bersalin walapon bersalin normal...41hari pon masih tak sembuh!! aduhaii memang sedih sangat, dengan masalah sembelit yang saya alami..Allah aje yang tahu azab nyer..sedih sebab luka jahitan terbuka dan lambat pulih.

Macam2 cara jugak la saya cuba, tapi tak berjaya..akhirnya ada seorang kawan ni suggestkan saya ambil Vitamin C shaklee dan Esp Shaklee. Alhamdulillah, Ikhtiar saya selama ni 3 hari je dah tak sakit, jahitan tercantum elokkk!!! menangis bucu katil selama ni saya sakit dengan susah bangun nak susukan anak, rupanya dengan ikhtiar shaklee ni 3 hari je..Allahu..rugi saya tak cuba awal2..rugi saya tak dengar cakap adik ipar angkat saya ( sekarang ni Upline saya hihi ) supaya ambil shaklee.

Yela, dengar harga pon pikir mahal sangat..tapi bila dah ambil dan rasainya sendiri..memang la berbaloi dik akak semua. Barang baik ni..vitamin pulak jenuh nak abiskan, 6 bulan tahan dik non..saya telan ajela 2 biji bagi cepat abis..cepat luka pulih kan hehehe..extra dia kulit cantik aje gitu.
Anak pon kuning tak lama pon, syukur Alhamdulillah Allah mudahkan saya.

Dan sampai sekarang saya masih amalkan shaklee ni, bukan setakat Vitamin C..hamppir semua saya ambil hhihihi..tak rugi pon..untuk kesihatan saya jugak.



ni gambar saya dan hero kecik saya tu hihi suka sangat dia haritu, tengok dinasor la katakan ( The top komtar )
saya memang tak pakai la make up sebab mudah solat, saya cuma pakai Moisturizer SPF 50 dari Youth sahaja ❤ lipstick sket hihihi, celak sudahlah sebab saya tak pandai make up macam retis hihi.


Okay jom saya bagi sedikit info mengenai Vitamin C Shaklee ni :-

Vitamin C merupakan antioksidan yang melindungi antioksidan yang lain. Ia juga melambatkan proses kerosakan daripada radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kologen serta masalah kulit kering, kedut serta garisan penuaan. Vitamin C juga bertindak melindungi dan membaiki kulit kerana vitamin C merupakan sintesis utama dalam kologen.


  • antioksidan
  • membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan
  • menghalang Skurvi ( penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin C dalam makanan seperti Gusi bengkak dan berdarah, pendarahan bawah kulit, dan lain2)
  • imun badan
  • untuk merawat luka dalaman dan luaran
  • untuk jerawat, jeragat dan pudarkan parut2 bekas jerawat dan lain2
  • mengurangkan kedut pada kulit
  • menjadikan kulit lebih cerah dan kemerah2an
  • mengelakkan penurunan payudara
  • menjaga kesihatan otot dan mencantikkan kulit dan pigmentasi.
  • menolong pembentukkan tisu gantian.
  • Penghasilan kologen, dimana kologen ini meningkatkan keanjalan kulit dan keremajaan kulit.



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di :-

Call : 017-4493884
email : noruljannah@gmail.com

0 comments: