Wednesday, August 8, 2012

Dunia Ohh Dunia Opis

Assalamualaikum,
Miss J kadang selalu pikir, kenapa dalam dunia ni masih ader manusia yang dengki mendengki, sakit hati, jeles tak tentu pasal..apetah lagi bila kaum yang banyak sikap yang disebut tue adalah kaum lelaki..dan lebih teruk lagi mereka tue dah ber-isteri dan dah beranak pinak.
Mase Miss J mula2 masuk keje, semua ngaku bujang, semua mulut manis..mungkin salah Miss J sebab peramah sangat mase awal keje..so ramai la yang mula meng-ayat...Tapi Alhamdulillah, Miss J layan tak layan jer..dalam macam tu pun dorang ni tak putus asa beb!!..ade yang sampai tepon Miss J sampai 100x..tengah malam..Miss J tak angkat sebab takut sampai Miss J pikir nk resign laa..tapi Alhamdulillah Allah selamatkan Miss J bila si laki tak guna tu dah tukar kerja suddenly, lega hati Miss J..lega Miss J sekejap jer sampai ader sorang mamak ni ( dah kawen gak )..selalu gangu Miss J..sampai dia fitnah Miss J bila Miss J rapat dengan kawan dia..( Miss J pun tak sangka yang kawan dia pun niat jahat-lelaki org rupanya..sampai cakap kat Miss J yang dia nyesal kawen..masyaAllah.. )...sedih Miss J bila orang tu fitnah Miss J macam2..Miss J bertahan dari Ramadhan lepas sampai Ramadhan sekarang Miss J diam diri aje, semuanya sebab Miss J kerja kerana Allah, semua yang datang dari-DIA dan rezeki yang Miss J dapat dari DIA..semua yang jadik tu sebab jeles bila Miss J tak cakap ngan dorang..sampai sanggup curi2 baca message dalam HP Miss J!!!...Astarfirullahhalazim, mase tu Allah ye yang tau ape yang Miss J rasa, semoga Allah tunjukkan mereka kebenaran..Miss J sabar sebab Miss J pikir dorang tu ade tanggungjawab nak jaga anak bini jer..kalau nk cakap kualiti keje dorang memang teruk, selalu menyusahkan orang..( marah sangat ni..)..nasib baik Miss J ni orang atasan dorang ni, Miss J bagi arahan je..keluar email je terus kelam kabut nak wat keje..( sengaja Miss J wat camtu bagi dorang sedar diri sket..)..hmmm..semalam mase Miss J pergi surau nak solat, ade sorang laki ni yang kecewa la konon bila Miss J bertunang..bila Miss J tanya dia, sepatah pun tak jawab, then boleh dia cakap kat Miss J " ko tak payah la tau, sebab ko tu dah ade orang amik berat pun''....aaiii..ayat macam dia tu special sangat kat aku..jaga la anak bini ang tu..hmmm..tu la kan, ramai timbul isu skandal suami dgn perempuan lain kat opis, isteri dengan lelaki lain kat opis...mungkin macam ni lah contoh yang terdekat ni..dunia Akhir zaman..kenapa manusia macam ni tak pernah puas dengan satu??..Miss J harap sangat semoga kaum seperti ni hanya 0.1% dari keseluruhan, kalau ramai macam ni..get ready la wahai kaum wanita, lelaki macam ni tak akan puas..pantang jumpa perempuan dahi licin..anak baru setahun dah buat perangai, kesian wife dorang tu..
Esok kerja, Miss J kena kuat sampai September ni..insyaallah..
''Ya Allah, Engkaulah Maha Memahami, Maha Mendengar, Maha pelindung, Maha Mengasihani, lindungilah hambaMu ini dari segala fitnah dunia, jauhilah hambaMU ini dari kezaliman manusia Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin''


0 comments: